Wednesday, 11 November 2020

Kenangan Di Sarawak (Jerebu 2015)

 Tanggal 21 Okt 2015


Suasana pagi yang hening menggambarkan alam berduka dek kecuaian manusia. Matahari seakan malu memancarkan pagi suria. Suasana pagi itu agak suram memandangkan JEREBU kian menunjukkan kehadirannya.

Langkah kaki para guru dan murid-murid ke Dewan Sinaran bertemankan kabus pagi(JEREBU) nampak indah namun berbahaya. Ada murid mula memakai topeng muka begitu juga guru.




Penulis juga terpaksa memakai topeng muka, bimbangkan kesihatan menjadi buruk kerana asap bukannlah ubat untuk dihisap. Beberapa hari kemudian kami terpaksa bercuti atas faktor kesihatan murid.


Tahun 2015 ialah tahun terakhir penulis berada di Bumi Kenyalang yang indah ini. Selamat tinggal SMK SPAOH

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home